Friday, 28 December 2012

Renungkan Bersama

Jagalah Maruah Dirimu

Jagalah maruah diri,peliharalah harga diri
Kerana sesuap nasi menghina golongan yang tidak disuka
Engkau belum tentu  lebih baik daripada mereka
Carilah makan dengan secara halal kita bukan haiwan boleh makan apa sahaja
Kita manusia kenalah jaga kemanusiaannya
Engkau mengata ornag hendak populardan kerana cari makan
Engkau sedarkah siapa diri engkau
Masyarakat melihat tidak mudah menelan apa sahaja daripada engkau
Orang tahu siapa engkau sebenarnya?
Hidup tidak terurus,hendak makan pun susah kemudian mengata orang pula?
Ertinya engkau mengata diri engkau sendiri
Tidak juga maju,tidak juga kaya,kawan pun tidak ada kemudian mahu cakap besar?
Suluhlah diri sendiri saudara!
Moga-moga bnoleh membaikinya
Daripada mengata-ngata dan menghina-hina orang tidak tentu fasal
Nanti orang ramai menyuluh diri engkau kan malu!
Terlihat pekung,kudis,tokak,kurap dan lain-lain lagi
Lebih baik engkau lihat sendiri boleh merubah diri
Klau orang lain melihat,malu sahaja yang akan dapat
Jika engkau sendiri boleh membuat berbagai-bagai kemajuan kemudian menghina orang munasabah juga
Ini engkau sendiri dilihat macam tidak siuman apa nanti kata orang?
Suluhlah diri sendiri moga-moga boleh jaga maruah
Maruah diri ini mahal tidak boleh dijual beli
Sekali maruah jatuh,macam jatuh dalam longkang
Alangkah malunya!

No comments:

Post a Comment