Thursday, 28 March 2013

Mengapa Tiada Sasterawan Negara Wanita???

             Dalam perkembangan dunia kesusasteraan di negara ini deretan sembilan orang penulis lelaki telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara (SN). Namun begitu tidak ada seorang pun daripadanya di kalangan wanita. Inilah permasalahan yang berlaku dalam dunia kesusasteraan kita pada hari ini di mana panel hadiah berprestij itu seolah-olah tidak menghiraukan sumbangan para penulis wanita.

             Komitmen para penulis wanita kita telah terbukti sejak dahulu lagi. Mereka tidak berhenti menyumbang dalam setiap bidang penulisan seperti puisi, cerpen, novel dan drama.

             Nama-nama besar seperti Zurinah Hassan, Fatimah Busu, Zaharah Nawawi dan Prof. Siti Zainon Ismail adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan negara. Adalah tidak adil jika sekiranya pihak panel penilai anugerah SN menidakkan keupayaan para penulis wanita kita masa kini.

              Zurinah Hassan misalnya telah menghasilkan tujuh buah antologi puisi. Antologi tersebut ialah Sesayup Jalan, Di Sini Tiada Perhentian, KL dan Athor Place, Keberangkatan, Pujangga Tidak Bernama, Nota Waktu dan Salasiah. Beliau juga menulis dua buah antologi cerpen iaitu Meneruskan Perjalanan dan Menjelang Pemilihan di samping sebuah novel iaitu Hatimu Aisyah. Zurinah juga telah menghasilkan dua buah kajian iaitu Sasterawan Negara Usman Awang dan Memoir Zurinah Hassan.

              Manakala Zaharah Nawawi pula telah menghasilkan sembilan buah novel iaitu Sebelum Berakhirnya Musim Bunga, Jalur Sinar Membelah Daun, Pesisir Hitam, Selamat Datang Adzie Faraha, Menuju Ke Puncak, Panglima Saleh Selempang Merah, Anugerah, Hujan Sudah Teduh dan Haruman Kencana. Beliau juga menghasilkan empat buah novel kanak-kanak iaitu Ebe Dan Eme, Mencari Hujan Emas, Wira Anak Berjasa dan Ke mana Wira dan telah berjaya menghasilkan kira-kira 200 buah cerpen yang telah di siarkan dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air.

              Fatimah Busu pula telah menghasilkan empat buah novel iaitu Ombak Bukan Biru, Kepulangan, Salam Maria, The Missing Piece I manakala Fatimah Busu juga mempunyai lima buah antologi cerpen iaitu Lambaian Tanah Hijau, Yang Abadi, Al-Israk, Keajaiban Alam dan Bunga-Bunga Pulau. Beliau juga telah berjaya menghasilkan ratusan cerpen termasuk 56 buah antologi bersama pelukis lain dan mempunyai sebuah antologi puisi iaitu Apa Ada Di Sana-Versi Dunia. Buku kajian tulisan Fatimah ialah Proses Penulisan Kreatif- Memupuk Bakat dan Minat, Penulisan Kreatif-Teori dan Proses dan Ciri-Ciri Satira dalam Novel-Novel Melayu serta Afrika Moden-Suatu Kajian Perbandingan. Beliau juga giat dalam penulisan drama serta teater keliling. Antara skrip teater arahannya ialah Biduan Dari Neraka dan Jahanam yang pernah dipentaskan oleh Grup Teater Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Gerimis Pagi.

               Sementara itu, Prof. Siti Zainon Ismail pula telah menghasilkan 11 buah kumpulan antologi puisi, antologi cerpen (lima) dan novel (dua) di samping enam buah judul karya ilmiah terutamanya yang berhubungan dengan kesenian dan busana dunia Melayu. Sumbangan Siti Zainon telah terpilih menerima Anugerah Budayawan Selangor baru-baru ini.

               Memandangkan keterlibatan yang serius oleh keempat-empat orang penulis wanita ini dalam menghasilkan karya-karya bermutu, maka sudah sampai masanya segala pengorbanan mereka ini dinilai oleh panel anugerah SN supaya mereka juga ikut terpilih untuk menerima anugerah. Kita tidak mahu anugerah berprestij itu hanya dibolot di kalangan penulis-penulis lelaki sahaja.
                
                Memanglah,jika ditanya siapa aku yang pandai-pandai hendak mengkritik dunia sastera negara ini,aku memang bukan siapa-siapa. Tetapi,aku punya hasrat dalam hati yang xpernah orang ketahui. Impian aku sejak kecil selain daripada menjadi seorang pensyarah adalah aku ingin sekali meletakkan namaku sebaris dengan A.Samad Said,Baha Zain dan SN  yang lain. Selalu juga aku bayangkan namaku diiktiraf sebagai wanita pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut. Mungkin pada tika aku sudah matang nanti,golongan wanita sudah boleh diberi kelayakan tersebut. Doakan saja...
                
                Semoga pemilihan anugerah SN yang akan datang akan ada penulis wanita yang diiktiraf bagi memartabatkan sumbangan mereka kepada dunia kesusasteraan negara.

Monday, 25 March 2013

Rojaknya Bahasa Kita

bahasa rojak? teringatkan rojak yg dijual kat tepi jalan dekat umah. Terasa air liur dah kecur! haha....ni lah cabaran duduk di asrama,makanan terhad>< rasa macam tak cukup zat je duduk kat asrama ni walaupun badan dah tembam bagai dipam-pam! Ni satu lagi masalah masyarakat di negara Malaysia...termasuk lah aku skali>< knape kita suka guna bahasa rojak??? Xtahu apa itu bahasa rojak? Haaa....bahasa rojak tu maksudnya bahasa melayu yg dicampuraduk dan digaul-gaul ngan bahasa Inggeris. Masyarakat pada zaman skaranag ni sering menganggap bahawa org yg pndai berbahasa inggeris ni,tarafnye lagi tinggi. Betul ke??? Kalau guna bahasa Inggeris penuh tu,mungkinlah nampak terpelajar sikit...tapi kalau stakat pandai selit dua tiga patah perkataan bahasa Inggeris tu,hebat sgt ke? Yang paling biasa la..."u ada kat mana? ok,i datang skang"....haaa...stakat i ngan u tu,budak kecik pun pandai! Malu ke nak guna perkataan saya awk? ke geli guna perkataan tu? Haish,kalau kita bangsa melayu ni pun daha malu nk guna bahasa sndiri,mcm mana pulak dgn bangsa lain? skarang ni,aku tengok bangsa lain pun lagi hebat bahasa melayunya berbanding kita. Aku pernah jumpa seorang pensyarah ni,dia org putih la. mengajar kelas sastera kalau xsilap. Sepanjang masa dia akan guna bahasa melayu penuh. kalau kita ckp bahasa Inggeris,memang dia xlayan lah.....terasa malu sendiri pulak>o< Tak nak ke kita bahasa melayu ni jadi bahasa lingua franca mcm masa zaman kesultanan melayu melaka dulu? masa tu,org luar yg dtg nk berniaga mesti dan wajib pandai berbahasa melayu! Hebatnya bahasa melayu zaman dulu.....jadi,renung-renungkan dan selamat beramal!!!

Allah Maha Mengetahui


Jika kau berasa lelah dan tak berdaya daripada usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
Allah SWT sudah menghitung air matamu..
Ketika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu berlalu begitu sahaja
Allah SWT sedang menunggu bersamamu..
Ketika kau berfikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi..
Allah SWT sudah punya jawabannya..
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau berasa tertekan.
Allah SWT dapat menenangkanmu..
Ketika kau berasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk bertanya khabar.Allah SWT selalu berada di sampingmu..
Ketika kau berasa telah dikhianati dan dikecewakan.
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucapkan syukur.
Allah SWT telah memberkahimu..
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.
Pun kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..
Ingat di manapun kau atau ke manapun kau menghadap...
Allah SWT Maha Mengetahui.