Assalamualaikum guys!
Walaupun sekarang baru bulan 4,tapi to those yg jual bskut raya,masa ni la timing paling tepat utk bwat sample cookies yg nk dijual. So do my mom. My mom dh start cari resepi2 baru utk mempelbagaikan lagi jenis biskut yg nk dijual tahun ni. Barang2 pun dh beli. Dua hari lpas kami dh start bwat bskut sample. bskut sample ni xbwat bnyak2. Dalam 50 biji utk satu jenis coz bkn nye nk jual,cuma utk sample planggan2 nk tngok je. Setiap tahun mama amek order dlm puluh2 ribu jugakla. Makin dkat nk raya makin sibuk. Dulu mama bwat sikit2 je,tapi skarang mama dh start hantar ke pasaraya2 tmpatan utk lebih maju la katakan...Mama memang hebatla.
Bkn senang nk bwat biskut bnyak2 ni...kami pun bknnya bukak kilang or kedai khas utk siapkan tmpahan,cuma bwat kat dapur rumah je. Pekerja2 nya? my family and dua tiga org jiran tetangga. Aku pun selalu jugak tlg. Kalu ikutkan memang la malas trpaksa brsempit,brpanas dan brtungkus lumus kat dapur ramai2. Tapi,nk tolong punya pasal,aku sanggupkan je diri ini...at least,dapat jugak income...haha. Yang paling haru,kami sekeluarga selalu beli baju raya last2 minute. Pernah tu,kami beli baju raya pada mlm raya! Gila kau! Semuanya pasal tmpahan yg xsiap2...tapi tu dulu la...mama blajar dari pngalaman. Tahun brganti tahun,kami dh xde la trkejar kejar masa sgt coz kami bwat bskut yg femes2 tu awal2 lagi...Alahamdulillah,dpt la cover blanje yg kluar waktu raya tu.
I'm so proud of my mom becoz walaupun dia xde asas dlm prniagaan,she still commited and dare to take risk. Dan hasilnya? Setiap tahun mama ada pelanggan tetap dan agen2 penjual sendiri. Mungkin btol apa org ckp,org klantan ni memang suke berniaga. Bangganye jadi org kelantan! haha...
Pernah jugak aku trfikir,mcm mana kalau mama dh xde nanti? sape nk sambung legasi prniagaan bskut raya ni? syg btol kalau xsambung coz planggan tetap pun dh ada. That's why la,aku rajin2kan jugak diri nk tolong buat bskut,mana la tahu kot2 aku bleh jadi pewaris perniagaan ni..haha..tapi aku lagi minat bwat kek. Pape jelah Kay,asal kau bahagia sudah..
jadi,kepada kwn2 yg duduk area Kuala Terengganu yg rase nk tempah bskut raya ngan Kay,sila inform k? I'm glad to serve u the best! ok....wish me luck! XOXO
Tuesday, 8 April 2014
After A Year....
Assalamualaikum kwn2.....xsdar sudah jauh mase brlalu...dh dkat stahun blog ni brhabuk xdisentuh. Feeling guilty. Dlm masa stahun ni dh bnyak bnda yg brlaku. Salah satunya,result SPM dh kluar bulan lpas. Walaupun xdpt straigt A's sperti yg diharapkan,tapi Kay tetap brsyukur. Rezeki masing2 kan? Good news is,Kay dh dpt lesen! haha...motor n kreta skaligus! Cayalahhh...
Baru perasan bnyak btol prubahan yg dh brlaku. Contohnya? Kay dh makin gemuk n tembam! Seruis,cuti lama2 ni memang dimanfaatkan utk makan je....teruk2...mcm manalah kat u nanti.
Brcakap pasal masuk u ni,kwn2 yg seangkatan msti dh siap isi borang prmohonan masuk u kan? same with me! Susah jugak kan? Masa Kay kecik2 dulu,Kay slalu cakap cita2 Kay nk jadi cikgu. Bila dh masuk skolah menengah,upgrade sket cita2 nk jadi pensyarah pulak. Tapi once dh tamat skolah,tiba2 je otak jadi blank. Tak tahu nk jadi apa. Nk isi borg upu pown fikir bratus juta million kali nk amek course apa. Keliru yg amat! Bukannya apa,ni kan melibatkan masa dpan. Biasalah,asal ckp budak sbp je mesti nk jadi doktor atau paling2 pun jadi engineer...memang tu je ke course yg sesuai ngan kami plajar aliran sains? Medic memang xprnah wujud dlm kamus hidup Kay. Entah lah,rasa macam bosan n xmencabar langsung! Sorry ye para doktor skalian,i do appreciate u all,but it just not suite me. Fikir punya fikir,last2 Kay mintak course sains kesihatan....second choice is law...haha...macam lawak pun ada. Tapi memang Kay dh fikir and Kay nk amek sains ksihatan pun sbab minat ngan psikologi. Doa2 lah moga dapat ek?
To be honest,i do feel jealous kat kwn2 yg dh masuk u guna result trial spm. Yelah,diorg dh start blajar and dh start rasa hdup kat u smentara Kay still trcongok kat umah. Tapi Kay yakin yg Allah dh rancang yg trbaik...
Panjang pulak aku membebel kali ni! haha...biasalah,nk cover yg stahun xsntuh blog punya pasal...lol. Okey,got to go. Wish me luck! XOXO
Thursday, 28 March 2013
Mengapa Tiada Sasterawan Negara Wanita???
Dalam perkembangan dunia kesusasteraan di negara ini deretan sembilan orang penulis lelaki telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara (SN). Namun begitu tidak ada seorang pun daripadanya di kalangan wanita. Inilah permasalahan yang berlaku dalam dunia kesusasteraan kita pada hari ini di mana panel hadiah berprestij itu seolah-olah tidak menghiraukan sumbangan para penulis wanita.
Komitmen para penulis wanita kita telah terbukti sejak dahulu lagi. Mereka tidak berhenti menyumbang dalam setiap bidang penulisan seperti puisi, cerpen, novel dan drama.
Nama-nama besar seperti Zurinah Hassan, Fatimah Busu, Zaharah Nawawi dan Prof. Siti Zainon Ismail adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan negara. Adalah tidak adil jika sekiranya pihak panel penilai anugerah SN menidakkan keupayaan para penulis wanita kita masa kini.
Zurinah Hassan misalnya telah menghasilkan tujuh buah antologi puisi. Antologi tersebut ialah Sesayup Jalan, Di Sini Tiada Perhentian, KL dan Athor Place, Keberangkatan, Pujangga Tidak Bernama, Nota Waktu dan Salasiah. Beliau juga menulis dua buah antologi cerpen iaitu Meneruskan Perjalanan dan Menjelang Pemilihan di samping sebuah novel iaitu Hatimu Aisyah. Zurinah juga telah menghasilkan dua buah kajian iaitu Sasterawan Negara Usman Awang dan Memoir Zurinah Hassan.
Manakala Zaharah Nawawi pula telah menghasilkan sembilan buah novel iaitu Sebelum Berakhirnya Musim Bunga, Jalur Sinar Membelah Daun, Pesisir Hitam, Selamat Datang Adzie Faraha, Menuju Ke Puncak, Panglima Saleh Selempang Merah, Anugerah, Hujan Sudah Teduh dan Haruman Kencana. Beliau juga menghasilkan empat buah novel kanak-kanak iaitu Ebe Dan Eme, Mencari Hujan Emas, Wira Anak Berjasa dan Ke mana Wira dan telah berjaya menghasilkan kira-kira 200 buah cerpen yang telah di siarkan dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air.
Fatimah Busu pula telah menghasilkan empat buah novel iaitu Ombak Bukan Biru, Kepulangan, Salam Maria, The Missing Piece I manakala Fatimah Busu juga mempunyai lima buah antologi cerpen iaitu Lambaian Tanah Hijau, Yang Abadi, Al-Israk, Keajaiban Alam dan Bunga-Bunga Pulau. Beliau juga telah berjaya menghasilkan ratusan cerpen termasuk 56 buah antologi bersama pelukis lain dan mempunyai sebuah antologi puisi iaitu Apa Ada Di Sana-Versi Dunia. Buku kajian tulisan Fatimah ialah Proses Penulisan Kreatif- Memupuk Bakat dan Minat, Penulisan Kreatif-Teori dan Proses dan Ciri-Ciri Satira dalam Novel-Novel Melayu serta Afrika Moden-Suatu Kajian Perbandingan. Beliau juga giat dalam penulisan drama serta teater keliling. Antara skrip teater arahannya ialah Biduan Dari Neraka dan Jahanam yang pernah dipentaskan oleh Grup Teater Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Gerimis Pagi.
Sementara itu, Prof. Siti Zainon Ismail pula telah menghasilkan 11 buah kumpulan antologi puisi, antologi cerpen (lima) dan novel (dua) di samping enam buah judul karya ilmiah terutamanya yang berhubungan dengan kesenian dan busana dunia Melayu. Sumbangan Siti Zainon telah terpilih menerima Anugerah Budayawan Selangor baru-baru ini.
Memandangkan keterlibatan yang serius oleh keempat-empat orang penulis wanita ini dalam menghasilkan karya-karya bermutu, maka sudah sampai masanya segala pengorbanan mereka ini dinilai oleh panel anugerah SN supaya mereka juga ikut terpilih untuk menerima anugerah. Kita tidak mahu anugerah berprestij itu hanya dibolot di kalangan penulis-penulis lelaki sahaja.
Memanglah,jika ditanya siapa aku yang pandai-pandai hendak mengkritik dunia sastera negara ini,aku memang bukan siapa-siapa. Tetapi,aku punya hasrat dalam hati yang xpernah orang ketahui. Impian aku sejak kecil selain daripada menjadi seorang pensyarah adalah aku ingin sekali meletakkan namaku sebaris dengan A.Samad Said,Baha Zain dan SN yang lain. Selalu juga aku bayangkan namaku diiktiraf sebagai wanita pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut. Mungkin pada tika aku sudah matang nanti,golongan wanita sudah boleh diberi kelayakan tersebut. Doakan saja...
Semoga pemilihan anugerah SN yang akan datang akan ada penulis wanita yang diiktiraf bagi memartabatkan sumbangan mereka kepada dunia kesusasteraan negara.
Monday, 25 March 2013
Rojaknya Bahasa Kita
bahasa rojak? teringatkan rojak yg dijual kat tepi jalan dekat umah. Terasa air liur dah kecur! haha....ni lah cabaran duduk di asrama,makanan terhad>< rasa macam tak cukup zat je duduk kat asrama ni walaupun badan dah tembam bagai dipam-pam! Ni satu lagi masalah masyarakat di negara Malaysia...termasuk lah aku skali>< knape kita suka guna bahasa rojak??? Xtahu apa itu bahasa rojak? Haaa....bahasa rojak tu maksudnya bahasa melayu yg dicampuraduk dan digaul-gaul ngan bahasa Inggeris. Masyarakat pada zaman skaranag ni sering menganggap bahawa org yg pndai berbahasa inggeris ni,tarafnye lagi tinggi. Betul ke??? Kalau guna bahasa Inggeris penuh tu,mungkinlah nampak terpelajar sikit...tapi kalau stakat pandai selit dua tiga patah perkataan bahasa Inggeris tu,hebat sgt ke? Yang paling biasa la..."u ada kat mana? ok,i datang skang"....haaa...stakat i ngan u tu,budak kecik pun pandai! Malu ke nak guna perkataan saya awk? ke geli guna perkataan tu? Haish,kalau kita bangsa melayu ni pun daha malu nk guna bahasa sndiri,mcm mana pulak dgn bangsa lain? skarang ni,aku tengok bangsa lain pun lagi hebat bahasa melayunya berbanding kita. Aku pernah jumpa seorang pensyarah ni,dia org putih la. mengajar kelas sastera kalau xsilap. Sepanjang masa dia akan guna bahasa melayu penuh. kalau kita ckp bahasa Inggeris,memang dia xlayan lah.....terasa malu sendiri pulak>o< Tak nak ke kita bahasa melayu ni jadi bahasa lingua franca mcm masa zaman kesultanan melayu melaka dulu? masa tu,org luar yg dtg nk berniaga mesti dan wajib pandai berbahasa melayu! Hebatnya bahasa melayu zaman dulu.....jadi,renung-renungkan dan selamat beramal!!!
Allah Maha Mengetahui
Jika kau berasa lelah dan tak berdaya daripada usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
Allah SWT sudah menghitung air matamu..
Ketika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu berlalu begitu sahaja
Allah SWT sedang menunggu bersamamu..
Ketika kau berfikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi..
Allah SWT sudah punya jawabannya..
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau berasa tertekan.
Allah SWT dapat menenangkanmu..
Allah SWT dapat menenangkanmu..
Ketika kau berasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk bertanya khabar.Allah SWT selalu berada di sampingmu..
Ketika kau berasa telah dikhianati dan dikecewakan.
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucapkan syukur.
Allah SWT telah memberkahimu..
Allah SWT telah memberkahimu..
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.
Pun kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..
Pun kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..
Ingat di manapun kau atau ke manapun kau menghadap...
Allah SWT Maha Mengetahui.
Allah SWT Maha Mengetahui.
Sunday, 30 December 2012
Mood Sedih
Hai guyz! aku dlm mood yg sgt2 sedih ni...ni mlm last aku on9...and maybe,ni mlm last aku post kat blog ni. dlm 3 blan lagi bru aku ada masa balik~~ sedihnyer...sob3. So,aku nk mntak korg sumer jgn lah mrah kalau aku dh lama xpost something ek??? aku harap sgt korg fhm. Btw,tahun 2013 ni aku amek SPM,so,korang doa2kanlah aku yek? (terima kasih><)_ till then...XOXO
-KAY-
-KAY-
Friday, 28 December 2012
Renungkan Bersama
Jagalah Maruah Dirimu
Jagalah maruah diri,peliharalah harga diri
Kerana sesuap nasi menghina golongan yang tidak disuka
Engkau belum tentu lebih baik daripada mereka
Carilah makan dengan secara halal kita bukan haiwan boleh makan apa sahaja
Kita manusia kenalah jaga kemanusiaannya
Engkau mengata ornag hendak populardan kerana cari makan
Engkau sedarkah siapa diri engkau
Masyarakat melihat tidak mudah menelan apa sahaja daripada engkau
Orang tahu siapa engkau sebenarnya?
Hidup tidak terurus,hendak makan pun susah kemudian mengata orang pula?
Ertinya engkau mengata diri engkau sendiri
Tidak juga maju,tidak juga kaya,kawan pun tidak ada kemudian mahu cakap besar?
Suluhlah diri sendiri saudara!
Moga-moga bnoleh membaikinya
Daripada mengata-ngata dan menghina-hina orang tidak tentu fasal
Nanti orang ramai menyuluh diri engkau kan malu!
Terlihat pekung,kudis,tokak,kurap dan lain-lain lagi
Lebih baik engkau lihat sendiri boleh merubah diri
Klau orang lain melihat,malu sahaja yang akan dapat
Jika engkau sendiri boleh membuat berbagai-bagai kemajuan kemudian menghina orang munasabah juga
Ini engkau sendiri dilihat macam tidak siuman apa nanti kata orang?
Suluhlah diri sendiri moga-moga boleh jaga maruah
Maruah diri ini mahal tidak boleh dijual beli
Sekali maruah jatuh,macam jatuh dalam longkang
Alangkah malunya!
Subscribe to:
Posts (Atom)

